Maut Kena Pukul Individu Menumpang

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 5:08 PM

Mior Faridalatrash Wahid

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang warga emas maut akibat dipukul individu yang menumpang rumahnya di Hong Seng Estate, Jalan Mount Erskine di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata pihaknya dimaklumkan oleh Hospital Pulau Pinang bahawa mangsa Leong Yeng Wah, 77, mati di hospital itu kira-kira pukul 7.30 Khamis malam ekoran kejadian pukul tersebut pada Isnin lalu.

Beliau berkata suspek menumpang di rumah mangsa sejak beberapa minggu lalu.

"Mangsa mengaku dipukul dan ditendang oleh lelaki tersebut setelah mangsa mengadu barangnya hilang," katanya.

Faridalatrash berkata, pihak hospital mengesahkan mangsa turut mengalami retak tulang rusuk.

Seorang lelaki yang berusia 25 tahun yang dikatakan menumpang rumah mangsa telah ditahan, katanya.-- Bernama


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan