Tiga Ditahan Berhubung Dakwaan Ancaman Pengganas Di Jalan Alor

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu susulan kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka terdiri daripada seorang warga tempatan serta warga Indonesia dan Syria.

Noor Rashid berkata, kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

"Bukit Aman menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Australia mengenai tahap keselamatan di lokasi tertentu yang dikaitkan dengan kemungkinan berlaku serangan pengganas," katanya kepada Bernama di sini.

Pada Khamis, kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini dilapor telah mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.

Noor Rashid menegaskan situasi keselamatan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka.

"Saya telah mengarahkan anggota saya bertugas di lokasi berkenaan dan memantau sekiranya ada aktiviti mencurigakan," kata Noor Rashid. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Jalan Alor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan