Hasrat Lakukan Ibadah Korban Tidak Kesampaian, Suami Isteri Maut

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 9:20 PM

Keadaan kereta Proton Exora yang mengorbankan sepasang suami isteri di Lebuhraya Elite. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai, pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, tiga orang anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kenderaan Proton Exora yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan.

Pasangan itu dikenali sebagai Nordin Mohd Tahir, dan isterinya, Hasnah Ishak, masing-masing berumur 47 tahun, maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Alif Asyraf, 21, dan Nur Adriana Athirah, 18, masing-masing mengalami cedera ringan; Alif Amirul Aiman, 15, mengalami cedera parah sementara Nur Aina Aqila, 11, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan selepas tayar belakang kenderaan yang dipandu di lorong tengah pecah dan merempuh besi pembahagi jalan.

"Besi pembahagi jalan tembus ke dalam kenderaan itu dan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian. Semasa kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Kuala Pilah," katanya ketika dihubungi Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan polis di lebuh raya itu mendapati keadaan tempat kejadian adalah jalan lurus dan permukaan jalan kering.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala tiga yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, abang ipar Nordin, Zainal Abidin Jamal, 55, yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya berkata mereka sudah berjanji untuk melaksanakan ibadah korban di kampung halaman pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

"Kami sekeluarga amat rapat dengan keluarga arwah. Salah seorang anaknya pernah tinggal dengan kami sebelum ini. Kehilangan mereka memang amat dirasai," katanya.

Zainal berkata kini keempat-empat anak pasangan itu masih trauma dengan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa mereka.

Beliau berkata jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Katanya, kali terakhir jumpa Nordin ialah selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

Tags / Kata Kunci: maut , Lebuhraya Elite

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan