Mayat Kevin Morais Masih Tidak Dituntut Keluarga

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 10:39 PM

Kereta yang dinaiki Richard Morais keluar dari Institut Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur selepas mayat mendiang Kevin Morais didakwa dituntut bagi proses pengebumiannya pada Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat mendiang Anthony Kevin Morais masih berada di Institut Perubatan Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan belum dituntut ahli keluarganya.

Sehingga 9.30 malam Rabu, cubaan media menemu bual ahli keluarga mendiang di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi tidak dapat mengesahkan bilakah mayat mendiang akan dituntut.

Malah adik mendiang, Datuk Richard Morais enggan memberi sebarang komen berhubung urusan tuntutan itu apabila didekati wartawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin ketika dihubungi menyatakan polis telah membenarkan mayat Morais dituntut dan menyerahkan urusan itu kepada keluarganya dan HKL untuk proses lanjut.

"Mayat Kevin tu memang polis dah serahkan kepada keluarganya untuk urusan tuntutan mayat. Kamu (pihak media) tanyalah HKL kenapa keluarga mereka belum tuntut mayat hari ini," katanya.

Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Setakat ini, 11 suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais , HKL

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan