Lapan Ditahan Di Malaysia Sejak Letupan Bangkok

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat warga asing dan empat rakyat tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan insiden letupan bom di kuil Erawan di Bangkok, Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, tangkapan terbaharu empat suspek dibuat di Kuala Lumpur dan Kelantan empat hari lepas.

"Kesemua lapan suspek berumur dalam lingkungan 30an. Empat rakyat tempat itu merupakan penyeludup pendatang asing ke negara ini," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Dalam kejadian pada 17 Ogos lalu, 20 orang termasuk beberapa rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Kuil Erawan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan