Bersih 4: Polis Ambil Keterangan Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 9:00 AM

Mohamad Sabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selama sejam bermula pukul 11 pagi Isnin.

"Saya tidak dimaklumkan mengenai sebarang salah laku tetapi mereka memberitahu saya dipanggil mengikut Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Polis turut menyiasat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana mendakwa polis digunakan Perdana Menteri untuk "menutup mulut sesiapa sahaja" yang cuba mendedahkan salah laku melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis melihat ia sebagai satu dakwaan yang serius.

Katanya, Mahfuz sepatutnya tahu bahawa siasatan terhadap 1MDB masih dijalankan.

Mahfuz disiasat berhubung kenyataannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan polis untuk menahan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , Bersih 4

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan