Suami Isteri Ditahan, Dadah Bernilai Lebih RM68,000 Dirampas

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas pelbagai jenis dadah seberat 2.4 kilogram bernilai lebih RM68,000 di dalam sebuah kereta di hadapan rumah pasangan itu di Taman Jalong Baru, dekat Sungai Siput, Ahad lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Supt R. Ravi Chandran berkata lelaki berumur 57 tahun serta pasangannya berusia 46 tahun ditahan dalam kereta jenis Proton Wira kira-kira 9.15 malam, hasil maklumat orang awam.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menemui enam paket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 2.27 kilogram, tiga paket plastik lutsinar berisi dadah jenis methampetamine seberat 102.2 gram serta Eramin 5 seberat 46.11 gram di dalam kertas aluminium.

"Pasangan itu dipercayai mengedar dadah sekitar kawasan Ipoh serta Sungai Siput dan kesemua dadah dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 3,000 penagih," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Selasa.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Pulau Pinang itu direman tujuh hari bermula Isnin, bagi membantu siasatan.

Ravi berkata suspek lelaki yang berniaga secara kecil-kecilan itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah manakala isterinya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Kami juga masih menyiasat sejak bila pasangan ini mula aktif mengedar dadah," katanya.

Ravi berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman mati mandatori.

Dalam pada itu, beliau berkata dari Januari sehingga 20 September lepas, polis  menahan 9,269 orang kerana terbabit dalam kes mengedar dan memiliki dadah, selain didapati positif dadah.

"Sebanyak RM4.73 juta dadah dirampas sepanjang tempoh tersebut, manakala nilai sitaan harta sebanyak RM5.87 juta bagi tempoh yang sama," katanya. - BERNAMA



Tags / Kata Kunci: dadah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan