Mercedez-Benz Rentung Di Lebuhraya Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 10:17 PM

-foto THE STAR/S.S.Kanesan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 40-an mengalami kerugian hampir RM100,000 selepas kereta Mercedes Benz miliknya yang dipandu pekerjanya terbakar di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Jambatan Motorola, di sini pagi Isnin.

Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya Affendi Ismail berkata dalam kejadian 10.50 pagi itu, dua lelaki itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum kereta itu terbakar.

"Kedua-dua mangsa sempat keluar daripada kereta selepas memberhentikannya  di bahu jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Affendi berkata 10 anggota dari Balai Bomba Petaling Jaya dan Subang Jaya ditugaskan ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran dalam masa 10 minit.

"Namun, api yang marak terlalu cepat menyebabkan kereta itu terbakar sepenuhnya," katanya sambil menambah insiden itu tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Mercedes-Benz Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang menyiasat insiden itu.


"Pasukan teknikal kami akan memastikan keselamatan pengguna terjamin di tahap yang tinggi bagi mengelak insiden sedemikian berlaku," kata syarikat itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan