Belum Sah Lelaki Ditahan Di Malaysia Suspek Utama Pengeboman Bangkok

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Masih belum dapat disahkan sama ada suspek yang ditangkap di Malaysia adalah suspek utama kes letupan kuil Erawan, kata Ketua Polis Thailand General Somyot Poompanmuang, Isnin.

Beliau juga enggan memberi penjelasan mengenai perkembangan siasatan ke atas serangan 17 Ogos, yang mengorbankan 20 nyawa, kebanyakannya warga asing dan mencederakan lebih 100 yang lain.

Laporan terbaru menyatakan bahawa polis Malaysia telah menahan seorang lelaki kelihatan seperti suspek memakai baju-T kuning di mana gambarnya dirakamkan melalui CCTV sambil membawa beg sandang, dipercayai membawa bom.

Malaysia telah menghantar gambar lelaki yang ditangkap itu ke Thailand untuk pengesahan lanjut.

Somyot berkata kedua-dua pihak telah membincangkan perkara itu dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

Polis turut menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam pengeboman itu dan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap 12 orang lain. - The Nation/ Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan