Tujuh Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Zul Badak

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 10:56 PM

Pengawal keselamatan sebuah kilang besi Arzurizan Abdul Rahman,39, atau "Zul Badak" maut selepas ditembak tiga das ketika mahu memasuki sebuah kereta berhampiran sebuah restoran di Jalan Tun Ismail 18 September lalu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena tembakan pada leher,perut dan pinggang kirinya. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul Badak di hadapan sebuah restoran di Lorong Tun Ismail dekat sini Jumaat lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah, kesemua mereka yang berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan sejak semalam sehingga tengah hari tadi di sekitar bandar ini.

"Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, Zul Badak atau nama sebenarnya Arzurizan Abdul Rahman, 39, yang juga aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di daerah ini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di leher, dada dan pinggangnya.

Suspek yang memakai topeng dilapor melarikan diri bersama seorang lagi rakan  dengan Proton Waja berwarna perak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan