500 Mat Rempit Ditahan Dalam Operasi Samseng - Berita Jenayah | mStar

500 Mat Rempit Ditahan Dalam Operasi Samseng

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 2:04 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 500 mat rempit ditahan dalam Operasi Samseng di Plaza Tol Juru, pagi Ahad.

Dalam operasi yang bermula pada pukul 1 pagi itu, setiap penunggang motosikal diperiksa atas pelbagai kesalahan trafik.

"Operasi tersebut bertujuan untuk membendung aktiviti lumba haram selain kegiatan jenayah di daerah Seberang Perai Tengah.

"Penunggang motosikal ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi.


Tags / Kata Kunci: mat rempit , Operasi Samseng
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan