Ujian DNA Terhadap Mayat Kevin Morais

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 11:30 PM

Adik mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais, Datuk Richard Morais ketika menunggu keputusan bedah siasat mayat abangnya di Hospital Kuala Lumpur, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan ke atas mayat yang ditemui dalam tong berisi konkrit, di Hospital Kuala Lumpur pagi Jumaat.

Datuk Richard Morais, adik kepada mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais, berkata ujian itu dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses pengecaman mayat tersebut.

"Walaupun polis sudah mengesahkan mayat yang dijumpai itu adalah abang saya, proses pengesahan akan tetap dilakukan melalui pengambilan sampel DNA dari ahli keluarga," kata Richard, seorang peniaga, ketika dihubungi Bernama Khamis.

Mayat Kevin Morais ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini semalam selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lepas selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan