Lokasi Penemuan Mayat Morais Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 10:15 PM

Lokasi penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak 4 September lepas ditemui dalam tong berisi konkrit di kawasan paya di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan paya yang dipenuhi sampah sarap, airnya yang pekat, berbau dan berwarna kuning kehitaman di USJ 1, Subang Jaya dekat sini, menjadi tumpuan orang awam sejak Rabu.

Terletak bersebelahan jalan besar, diapit semak samun dan hanya kira-kira 100 meter dari pagar belakang sebuah sekolah, tiada siapa sangka ia merupakan  lokasi jenayah.

Kurang 300 meter daripadanya juga terdapat barisan lot kedai yang sentiasa dipenuhi orang awam, selain sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam.

Bagaimanapun, itu yang terjadi, selepas sebuah tong drum berisi konkrit ditemui di dalam paya, menyembunyikan mayat mendiang Anthony Kevin Morais yang hilang sejak 4 September lepas.

Tinjauan Bernama di lokasi itu pada Khamis, mendapati ramai orang awam yang berkunjung untuk melihat sendiri tempat penemuan mayat mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata beliau tidak pernah melalui kawasan berkenaan sepanjang menetap di kawasan berdekatan, namun berbuat demikian setelah penemuan mayat Morais menjadi buah mulut jirannya.


"Agak mengejutkan juga, sebab tak jangka. Tempat (paya) ini dalam, dan terus bersambung dengan Sungai Klang melalui parit," katanya.

Seorang lagi penduduk sekitar menyatakan pendapat berbeza dan menyifatkan kawasan berkenaan sebagai 'panas' dengan kejadian jenayah.

"Pernah juga sebelum ini berlaku kes besar. Orang jumpa kereta Sosilawati (Datuk Sosilawati Lawiya) lima tahun lepas dekat flat Angsana, dekat sahaja dengan tempat ini," katanya.

Kereta BMW X5 hitam yang digunakan Sosilawati sebelum ini dilaporkan media ditemui di flat berkenaan yang terletak kurang satu kilometer dari lokasi penemuan mayat Morais.

Jutawan kosmetik itu hilang bersama tiga lagi mangsa pada 30 Ogos 2010 sebelum dilaporkan media pada 12 Sept 2010, keempat-empat mangsa disahkan dibunuh dengan kejam dan dibakar di sebuah ladang di Banting, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai berhampiran.

Bernama dalam pada itu turut membuat tinjauan di sebuah bengkel kereta yang dipercayai menjadi tempat Morais disembunyikan sebelum dibunuh suspek, namun gagal mendapat maklumat daripada pekerja di bengkel itu.

Bengkel kereta terbabit terletak kira-kira 300 meter dari lokasi paya berkenaan.

Tong berisi konkrit dengan mayat Morais yang dimampatkan ke dalamnya tenggelam ke dasar paya, menyukarkan pasukan penyelam mencarinya dalam operasi bermula 6 pagi dan berakhir 10.30 pagi semalam.

Tong berkenaan kemudiannya diangkat menggunakan kren, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

Mayat Morais kini dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Setakat ini, lima suspek berumur lingkungan 22 hingga 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Morais, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, di sini pada 4 September untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais , paya , USJ 1

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan