Seorang Maut, Lima Cedera Dalam Nahas Babit Lapan Kenderaan

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam nahas melibatkan lapan buah kenderaan di Jalan Bukit Lama, Teluk Kumbar dekat sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata kemalangan pada pukul 12.50 tengah hari itu melibatkan masing-masing sebuah lori dan van, dua buah buah motosikal dan empat buah kereta.

Beliau berkata yang maut ialah penunggang motosikal Ghazali Man, 67, manakala isterinya yang membonceng cedera parah.

"Kemalangan berlaku apabila sebuah lori membawa simen yang datang dari arah Bayan Lepas menuju ke sini dipercayai mengalami masalah brek menyebabkannya hilang kawalan lalu melanggar kenderaan yang lain itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: kemalangan jalan raya , Lai Fah Hin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan