Pembunuhan Kevin Morais: Hanya Seorang Suspek Punyai Rekod Jenayah

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 9:48 PM

Mohmad Salleh melihat tong berisi konkrit yang turut memuat mayat Kevin Morais yang ditemui di kawasan paya di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah pada Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya seorang daripada empat lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais didapati mempunyai rekod jenayah.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek berusia 52 tahun itu didapati mempunyai rekod mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan berhubung barang dimiliki.

"Lain-lain tangkapan tidak mempunyai rekod," katanya pada sidang media di lokasi penemuan tong dram berisi konkrit di mana mayat Morais disembunyikan.

Mayat mendiang ditemui selepas seorang daripada suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi Rabu di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Klang.

Bagaimanapun, Mohmad berkata pihaknya akan menyemak sama ada suspek lain yang ditahan memiliki rekod jenayah berkaitan elemen D7 terutamanya gangsterisme.

Empat suspek lelaki berusia 22 tahun sehingga 52 tahun, dua wanita dan seorang kanak-kanak ditahan pada Selasa selepas 13 hari siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita dan kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Mengulas mengenai perkara sama, Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, empat suspek lelaki direman selama tujuh hari bermula Rabu manakala dua wanita dan kanak-kanak itu dibebaskan.

Morais, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada 4 September untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan