Polis Sahkan Mayat Morais Ditemui, Tujuh Direman

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 1:26 PM

Kevin Morais

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Polis sahkan mayat yang ditemui dalam tong konkrit yang dibuang dalam sungai di USJ1 di sini adalah timbalan pendakwa raya, Kevin Morais.

Susulan penahanan tujuh suspek, seorang daripadanya membawa polis ke lokasi kejadian di Jalan Subang 3, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, salah seorang daripada suspek adalah pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun yang terbabit dalam kes rasuah yang dikendalikan Morais di Shah Alam baru-baru ini.

"Kami percaya suspek lain digunakan untuk membantu menculik Morais.

"Semua suspek kini direman selama 14 hari untuk membantu siasatan," katanya kepada wartawan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ,maklumat yang diperoleh pasukan khas yang menyiasat kes itu dibawa ke lokasi kejadian kira-kira pukul 6 pagi Rabu.

"Tong minyak itu ditemui dalam sungai selepas penyelam menemuinya.

"Jengkaut digunakan untuk mengangkatnya sebelum tong itu dibuka bagi mengeluarkan mayat berkenaan," katanya. 

Beliau berkata, penahanan tujuh suspek termasuk wanita dan kanak-kanak itu, membawa kepada maklumat dan seterusnya penemuan mayat itu.

"Siasatan awal menunjukkan CCTV kereta dinaiki Morais diekori Mitsubishi Triton yang menghalang Proton Perdana, kenderaan kerajaan yang digunanya.

"Dia diculik selepas berlaku pelanggaran dan suspek membawa kereta Morais, manakala mangsa dibawa menaiki Mitsubishi Triton," katanya sambil menambah mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.




Tags / Kata Kunci: Kevin Morais , USJ1 , Mohmad Salleh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan