10 Kes Sembunyi Mayat Dalam Tong Dram Disimen Sejak 1998

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 9:30 PM

Tong berisi konkrit yang memuatkan mayat Kevin Morais ditemui di kawasan paya di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah pada pagi Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi Rabu, sememangnya amat mengejutkan.

Namun modus operandi menyembunyikan mayat dengan menyumbatnya dalam tong dram dan kemudian disimen, bukan baru kerana sudah berlaku beberapa kali di negara ini.

Rekod di Bernama Library and Infolink Service (BLIS) menunjukkan sejak 1998 sehingga penemuan terbaharu hari ini, sebanyak 10 kes bunuh menggunakan modus operandi sama telah berlaku.

Berikut adalah rekod kes bunuh yang lain membabitkan mayat mangsa disembunyikan dalam tong dram bersimen sejak 1998:

* 11 Februari 2015, satu rangka manusia dipercayai mayat lelaki ditemukan dalam tong dram biru yang telah disimen di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor dan dipercayai telah dibunuh sejak 10 minggu sebelum itu.

* 21 Mac 2009, polis menemui mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dalam  tong dram berkonkrit di tepi jalan di Kampung Parit Punggur Darat, Muar, Johor.

* 29 Julai 2006, mayat tanpa identiti dan jantina yang tidak dapat dikenal pasti dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam tong dram yang berisi simen di sebuah tapak pembinaan di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor.

* 16 November 2005, seorang lelaki yang dipercayai warga Pakistan dijumpai mati dibunuh dengan mayatnya disumbat ke dalam tong berisi air, disimen dan ditanam di halaman rumah sewanya di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

* 25 Mac 2005, mayat lelaki warga Indonesia ditemui di dalam tong dram yang disimen pada bahagian atas dan bawah di kawasan belukar berhampiran Taman Nilai Perdana, Seremban, Negeri Sembilan.

* 9 Januari 2004, satu mayat yang sudah reput ditemui ditimbus dengan simen dalam tong besi di tepi Sungai Bonus di tapak projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mukim Air Panas, Setapak.

* 11 April 2000, mayat lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditemui bersalut simen dalam tong dram di tempat pembuangan sampah di Kampung Hicom, Seksyen 28, Shah Alam.

* 29 Jun 2012, satu rangka manusia yang dipercayai dibunuh setahun lalu, ditemui di dalam tong dram bersimen oleh seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong, Kajang.

* 9 April 1998, mayat warga Bangladesh dijumpai dalam tong dram yang disimen permukaannya di tebing sungai di Batu 9 Selayang, Kuala Lumpur.

Mayat Morais, ditemui kira-kira pukul pukul 6 pagi Rabu di taman perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Kelang, 13 hari selepas beliau dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September.

Polis telah menyifatkan kes pembunuhan Morais bermotifkan dendam dan berkait rapat dengan satu kes bicara yang dikendalikan Morais di Mahkamah Shah Alam, yang melibatkan kes rasuah seorang doktor berusia 52 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di Wangsa Maju.

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais , tong dram

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan