Kevin Morais: Polis Yakin Dapat Selesai Kes Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 3:33 PM

Kevin Morais

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dapat diselesaikan dalam masa terdekat berdasarkan beberapa pertunjuk baharu yang diperoleh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta Morais dihalang oleh sebuah kereta lain sebelum dia ditarik keluar dan dibawa lari.

"Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baharu," katanya dalam sidang media Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini, Isnin.

Berhubung kereta yang dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak yang didakwa milik Morais, Khalid berkata siasatan masih berjalan.

Setakat ini tidak ada sebarang panggilan menuntut wang tebusan, katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan polis tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan Morais.

Morais dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur, dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q pada 4 September lalu untuk ke pejabatnya di Putrajaya.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Kevin Morais , polis , CCTV

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan