Jangan Percaya Rusuhan Di Taman Assam Jawa, Kuala Selangor - Polis

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 5:34 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Polis pada Ahad menafikan berlaku rusuhan akibat kemalangan maut melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun di Taman Assam Jawa, di sini Jumaat lepas. 

Sehubungan itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah meminta orang ramai agar tidak percaya dengan maklumat yang disebarkan di laman sosial mengenai berlakunya rusuhan di situ.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati terdapat fakta tidak tepat mengenai insiden itu yang tersebar luas di laman sosial sejak Sabtu.

"Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terus percaya dan terpengaruh dengan spekulasi di laman media sosial sejak semalam  berhubung insiden ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di sini, Ahad.

Katanya, kemalangan berlaku pukul 7.30 malam di mana wanita itu, Norjunaidah Sahak maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar tembok konkrit longkang di Km41 Jalan Klang-Teluk Intan di simpang masuk ke Taman Assam Jawa di sini.

"Ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke rumahnya di Kuala Selangor.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kenderaan jenis Toyota Wish yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun," katanya. 

Mohd Adnan berkata, pemandu kenderaan itu kemudian terus menghubungi 999 bagi memaklumkan kejadian sebelum ke sebuah restoran berdekatan untuk menjamu selera. 

Katanya, beberapa minit kemudian sekumpulan lelaki menghampiri pemandu itu dan berlaku pertengkaran sesama mereka sebelum dileraikan dua anggota polis. 

"Semasa polis membawa lelaki itu ke dalam kereta peronda, berlaku sedikit pergelutan antara polis dan kumpulan lelaki berkenaan yang mengakibatkan seorang anggota polis cedera ringan.  

"Seorang lelaki lain berusia 29 tahun yang merakam insiden berkenaan turut ditumbuk dan ditendang kumpulan berkenaan sebelum diselamatkan polis," katanya. 

Berikutan itu, Mohd Adnan berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan awal pagi Ahad di Kuala Selangor bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan