Ketua Polis Negara Arah Siasat Pemilik Akaun Palsu Tan Ken Liang

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 7:05 PM

Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCRIC) menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter yang didakwa menyamar sebagai Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.

Khalid melalui laman Twitternya meminta PCRIC mengesan dan menyiasat pemilik sebenar akaun @tankengliang.

"PCRIC @PDRMsia sila kesan twit handle di bawah dan ambil tindakan sewajarnya," katanya.

Difahamkan akaun sebenar twitter Tan adalah @tankengliang manakala akaun palsu adalah @tankenglaing dengan kedua-dua menggunakan gambar yang sama.

Sementara itu, Tan melalui laman twitternya menafikan yang twit berkenaan dikeluarkan oleh beliau dan mengangap ia adalah taktik kotor pro-pembangkang.

"Thank you. Mohon ambil tindakan tegas. Taktik kotor pro-Pembangkang yang cuba sebar "Fitnah"!," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tan Keng Liang , Ketua Polis Negara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan