Bayi Berusia Dua Minggu Ditemui Dalam Kotak Di Taman Bemban Jaya

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

BATU GAJAH: Seorang wanita terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di hadapan pintu rumahnya, di Taman Bemban Raya, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, wanita berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pengasuh, menemui bayi berkenaan pada pukul 8.55 malam apabila pintu rumahnya diketuk dari luar.

"Apabila membukanya, dia mendapati seorang bayi perempuan dipercayai berusia dua minggu dan masih mempunyai tali pusat serta lengkap dengan pakaian dan di balut dengan kain lampin ditinggalkan di situ," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Mohd Nasri berkata, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk pemeriksaan lanjut.

"Ada kemungkinan ibu bayi itu mengenali wanita berkenaan kerana meletakkannya di hadapan pintu rumah kerana wanita tersebut merupakan pengasuh bayi dan kanak-kanak di kawasan taman berkenaan," katanya.

Polis sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan meminta orang ramai atau mereka yang mempunyai maklumat berkenaan perkara itu supaya menghubungi Balai Polis Batu Gajah di nombor telefon 05-3629222 untuk membantu siasatan, katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Taman Bemban Jaya , bayi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan