Penjenayah Tak Mahu Kevin Ditemui - Abang

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 8:01 AM

Anthony Kevin Morais.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Abang kepada Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais percaya seseorang sanggup bersusah payah untuk memastikan adiknya itu tidak akan dijumpai.

Datuk Richard Morais turut tertanya-tanya mengapa ada orang yang sanggup bersusah payah membakar sebuah kereta yang ditemui di Hutan Melintang dan memadamkan nombor casis dan enjin kereta tersebut, jika memang kereta itu milik Kevin.

Beliau merujuk kepada sebuah kereta yang ditemui di dalam Hutan Melintang yang disahkan model Proton Perdana.

Namun, kereta tersebut masih belum disahkan milik Kevin.

"Terdapat kes tembakan dan semua dilaporkan dalam berita tetapi kehilangan adik saya sesuatu yang amat pelik.

"Mengapa ada orang sanggup memadam nombor casis dan enjin tersebut," soalnya pada Khamis.

Richard berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengesan adiknya itu.

"Saya yakin mereka akan menemui adik saya," kata Richard.

Beliau berkata sehingga hari ini masih belum menerima sebarang maklumat daripada polis mengenai kehilangan adiknya itu.

Kevin hilang pada Jumaat lalu selepas meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk ke pejabanya di Putrajaya.

Beliau dilihat kali terakhir memandu sebuah kereta Proton Perdana kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Pada Rabu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, rakaman CCTV dari jalan utama di bandar ke Hutan Melintang menunjukkan bahawa Morais dipercayai telah diculik.

"Itulah petunjuk terkini yang kita dapat. Kita akan memberikan maklumat lebih terperinci apabila petunjuk baru muncul," katanya.

Beliau juga mengecam mereka yang menyebarkan khabar angin bahawa mayat Morais telah ditemui di Sungai Klang.

Katanya, polis sudah merakamkan keterangan daripada 10 individu untuk membantu siasatan tersebut.

Menurut saksi, sebuah kenderaan besar dilihat memecut laju meninggalkan kawasan tersebut sebaik sahaja letupan kedengaran.

Pekerja di ladang berdekatan mendakwa terlihat tiga kereta memecut laju di jalan sempit itu sambil membunyikan hon dan memancarkan lampu tinggi dari kereta mereka.





Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan