15 Individu Diambil Keterangan Bantu Siasatan Kes Kehilangan Morais

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 11:48 AM

Anggota polis forensik sedang meneliti kereta terbakar yang ditemui di dalam Hutan Melintang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima belas individu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes kehilangan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais sejak Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata mereka yang diambil keterangan termasuk rakan serumahnya, rakan di tempat kerja dan anggota keluarga.

"Polis akan melihat dari semua aspek dalam menjalankan siasatan ini," katanya kepada media ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Jumaat.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur, Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana warna kelabu bernombor pendaftaran WA6264Q.

Dua hari kemudian sebuah kereta yang sama model dengan milik Morais ditemui terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang.

Law menambah, setakat ini pemiliknya belum dapat disahkan lagi dan pihaknya masih meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi laluan yang sering digunakan Morais.

Polis percaya kehilangan Morais akibat diculik.



Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan