Warga Emas Maut Ditetak Perompak

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Seorang warga emas berusia 67 tahun maut manakala anak lelakinya berusia 20 tahun cedera di kepala selepas ditetak sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Padang Chempedak, di sini awal pagi Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Shamsudin Bakar yang dipercayai mengalami masalah sesak nafas maut selepas diikat kumpulan perompak berkenaan.

Dalam kejadian itu, kira-kira lima hingga enam lelaki telah masuk ke rumah mangsa yang ketika itu terdapat lima orang iaitu si mati dan isteri bersama anak lelaki serta menantu perempuan mereka dan seorang bayi sedang tidur.

"Seorang daripada anggota keluarga mangsa terdengar bunyi bising dan bangun sebelum disedari kumpulan perompak berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini. Rabu.

Katanya kumpulan lelaki yang bertopeng dan bersenjatakan parang itu bertindak mengikat pasangan suami isteri berkenaan serta anak lelaki mereka manakala menantu perempuannya tidak diikat dan diarahkan diam jika tidak mahu dicederakan.

Zakaria berkata anak lelaki mangsa cuba melawan dan menyebabkan suspek marah serta menetak kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan, sebelum mereka kemudiannya melarikan diri sebaik memperoleh barangan kemas dan wang tunai bernilai RM5,000.

Beliau berkata anak mangsa menyedari ayahnya tidak bernafas selepas ternampak lelaki itu dalam keadaan terkulai dan cuba memberi bantuan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat, katanya.

Zakaria berkata usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan giat dijalankan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, isteri mangsa Rubiah Hassan, 63, ketika ditemui berkata ketika kejadian beliau dan menantunya tidur di ruang tamu kerana menantu perempuannya itu sedang berpantang.

"Kami semua kena ikat kecuali menantu dan bayi...waktu tu mak cik memang takut dan hanya fikirkan keselamatan kami semua terutama suami dan cucu. Cara depa (suspek) bercakap macam pelat warga asing," katanya.

Beliau berkata seorang daripada suspek beberapa kali meminta maaf sebelum keluar dari rumah mereka.

Tags / Kata Kunci: Tasek Gelugor , Tetak , Perompak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan