Rakaman CCTV Menunjukkan Morais Diculik

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 7:20 PM

Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q ditemui terbakar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis kini percaya bahawa Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais hilang diculik, tetapi masih tidak diketahui di mana beliau berada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, rakaman CCTV dari jalan utama di bandar ke Hutan Melintang menunjukkan bahawa Morais dipercayai telah diculik.

"Itulah petunjuk terkini yang kita dapat. Kita akan memberikan maklumat lebih terperinci apabila petunjuk baru muncul," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Beliau juga mengecam mereka yang menyebarkan khabar angin bahawa mayat Morais telah ditemui di Sungai Klang.

"Khabar angin dalam media dan blog tertentu adalah tidak benar sama sekali. Kita sedang mengumpul maklumat daripada sumber untuk mencari beliau secepat mungkin," katanya.

Morais, dilaporkan telah meninggalkan rumahnya di Menara Duta pada pagi Jumaat.

Sumber berkata bahawa Morais telah meninggalkan kediamannya untuk tugas di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya dengan kereta kerajaan jenis Proton Perdana berwarna kelabu bernombor pendaftaran WA6264Q.

Sumber itu berkata, rakannya cuba menghubungi Morais kira-kira pukul 10.30 pagi tetapi gagal.

Rakan-rakannya juga cuba menghubunginya dan telah dimaklumkan oleh setiausahanya bahawa Morais tidak hadir di pejabatnya.

Difahamkan bahawa rakan-rakannya telah memaklumkan saudara Morais tentang kehilangannya, yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang pada Sabtu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan