Polis Nafi Mayat Kevin Morais Dijumpai Di Sungai Klang

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu menafikan laporan kononnya  mayat Anthony Kevin Morais yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara, telah dijumpai di Klang, Selangor.

Penafian itu dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad.

Beliau yang dihubungi Bernama menerusi telefon untuk pengesahan mengenai laporan itu telah menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berita mengenai penemuan mayat yang kononnya adalah Morais itu dilaporkan di sebuah laman facebook dan ia telah menjadi viral di media sosial.

Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan pada Isnin lalu polis telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai oleh Zainuddin sendiri.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Tags / Kata Kunci: Kevin Morais , Mayat , Sungai Klang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan