Orang Asli Maut Dihempap Pokok Ketika Cari Madu Kelulut

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Seorang lelaki Orang Asli, maut dihempap dahan pokok di dalam hutan berhampiran Kampung Orang Asli Ulu Chembong dekat sini, pagi Rabu.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi ketika mangsa, Ahmad Gantoh, 38, bersama abangnya Dahari Gantoh, 42, dan seorang rakan sedang menebang sebatang pokok di kawasan hutan berkenaan.

Dahari berkata mereka bertiga masuk ke dalam hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kampung itu pada kira-kira pukul 8.30 pagi untuk mencari madu kelulut.

"Ketika sampai di tempat kejadian, adik saya menebang sebatang pokok dengan menggunakan gergaji rantai dan apabila pokok itu tumbang, tiba-tiba sebatang dahan jatuh dan menimpa adik saya menyebabkan kepalanya cedera parah.

"Saya dan rakan ketika itu berada agak jauh, tetapi nampak dahan pokok itu menimpa kepala adik saya. Kami segera cuba menyelamatkan adik saya. Dalam masa yang sama, saya turut meminta bantuan orang kampung yang kemudian menghubungi pasukan bomba," katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.24 pagi dan beliau bersama enam anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata anggotanya terpaksa meredah hutan untuk membawa keluar mangsa ke jalan besar. 

Katanya mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: hempap pokok , madu kelulut

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan