Kapal Bawa Barangan Am Dipercayai Hilang Sejak Sabtu

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 7:40 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Semua aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak telah digerakkan sejak Isnin lepas bagi mengesan sebuah kapal kargo yang dipercayai hilang semasa dalam perjalanan dari pelabuhan di sini ke Limbang, Sabtu lalu.

Pegawai Perhubungan Awam APMM Wilayah Sarawak, Leftenan Madya Maritim Muhammad Hainizam Mohd Jamil berkata kehilangan itu hanya disedari pemilik kapal pada hari Isnin apabila beliau mendapati ia tidak sampai ke destinasinya mengikut jadual.

"Pemilik kapal yang berpejabat di Bintawa, dekat sini, kemudiannya membuat laporan polis, dan datang sendiri ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) (ibupejabat APMM di sini) untuk melaporkan kehilangan kapal yang membawa muatan barangan am itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, semua aset APMM di tiga daerah maritim iaitu Kuching, Bintulu dan Miri telah digerakkan untuk membantu mengesan kapal berkenaan.

Muhammad Hainizam berkata Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit akan mengadakan satu sidang media petang esok di KOMTAS.
Tags / Kata Kunci: kapal kargo , kapal hilang , APMM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan