Polis Cekup Dua Remaja Ragut Beg Tangan

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai meragut beg tangan seorang wanita di kawasan perumahan Buntong di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata remaja berumur 16 dan 18 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang semalam, di kawasan perumahan tersebut selepas mangsa membuat laporan polis.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi semalam, ketika mangsa yang menunggang motosikal sendirian diekori dua remaja terbabit yang juga menaiki motosikal.

Chang Keong berkata seorang daripada remaja itu bertindak meragut beg mangsa yang mengandungi wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas yang kesemuanya bernilai RM510.

"Polis menerima aduan daripada mangsa berusia 37 tahun itu dan berjaya menahan kedua-dua remaja berkenaan di kawasan taman perumahan tersebut," katanya selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh di sini, Selasa.

Beliau berkata polis turut menemui semula sebahagian daripada barangan yang diragut kedua-dua remaja terbabit.

"Kedua-dua remaja yang tidak bersekolah itu ditahan reman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Chang Keong menasihatkan pemilik kedai runcit yang menjalankan perniagaan 24 jam supaya meningkatkan ciri keselamatan bagi mengelak kedai mereka disamun.

Beliau mencadangkan kedai berkenaan mewujudkan satu kaunter bertingkap seperti di kebanyakan stesen minyak untuk urusan pada waktu tengah malam dan pelanggan juga perlu menanggalkan topi keledar ketika masuk ke kedai.

Katanya, sepanjang lapan bulan lepas sebanyak enam kes samun membabitkan kedai 24 jam dilaporkan dan setakat ini hanya seorang suspek dapat diberkas.

Tags / Kata Kunci: Polis , Ragut , Remaja

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan