Polis Tak Tolak Kemungkinan Kehilangan Morais Berkait Dengan Kes Bunuh

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai dakwaan yang mengaitkan kehilangan Timbalan Ketua Bicara Dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dengan kes pembunuhan pengasas Ambank yg ditembak mati dua tahun lalu, Hussin Ahmad Najadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim bagaimanapun berkata, setakat ini pihak polis masih belum menerima maklumat siasatan mengenai perkara itu dan kes Morais masih disiasat sebagai orang hilang.

"Kita akan tengok berdasarkan fakta. Kita kena lihat alasan-alasan yang dikaitkan dengan apakah juga perlu berlandaskan fakta.

"Kalau tak ada fakta, kita tak berani komen lagi. Kita kena periksa betul ke tidak dan barulah kita akan tentukan.

"Kita akan siasat segala kemungkinan. Kita mahu selesaikan perkara ini dahulu. Kalau dia (Morais) hilang, kita akan cari di mana dia ada dan pastikan dia selamat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 di Bukit Aman, Selasa.

Sebuah portal berita pada Selasa mendakwa kehilangan Morais mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan pengasas Ambank dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Rashid mengulangi kenyataan polis bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kehilangan Morais.

Biarkan mereka (Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur) buat kerja tetapi saya sendiri akan panggil mereka untuk adakan mesyuarat dan melihat perkembangan siasatan.

"Ini merupakan kes yang serius dan pihak polis akan menyiasat habis-habisan, mengenal apakah punca dan kalau ada yang kita akan kenal pasti serta ambil tindakan," katanya.

Ditanya mengenai kenderaan terbakar yang dijumpai di Hutan Melintang, Perak pada Ahad, Rashid berkata, ia belum disahkan sama ada ia dinaiki Morais atau tidak.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dikatakan memandu Proton Perdana milik kerajaan berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Tags / Kata Kunci: Peguam , Ambank

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan