Suami Inspektor Maut Dirempuh Syak Kejadian Bermotif Dendam

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

BAU: Suami kepada pegawai penguatkuasa trafik cawangan Trafik IPD Kluang, Inspektor Margaret Tagum Goen yang maut dirempuh Mat Rempit pagi Ahad percaya ia akibat balas dendam.

Margaret, 32, dirempuh ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor, pada jam 2.40 pagi.

Leon Bahak, 37, ketika ditemui Bernama di rumah keluarga isterinya di Kampung Bogag, Jalan Srikin dekat sini, Isnin mengesyaki ada unsur balas dendam oleh kumpulan Mat Rempit berkenaan.

Katanya, beliau ada membaca seseorang pengguna facebok memuat naik kenyataan bahawa dia sudah berpuas hati dengan kematian isterinya kerana sebelum hari raya isterinya ada menyita motosikal lelaki berkenaan.

Memang saya tidak berpuas hati dengan kematian isteri saya sebab saya syaki ada unsur-unsur balas dendam oleh kumpulan Mat Rempit, katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya itu.

Leon berkata kali terakhir dia bercakap dengan isterinya ialah pada kira-kira jam 12 tengah malam beberapa jam sebelum kejadian, tetapi ia tidak menunjukkan sebarang petanda atau kelakuan yang aneh.

Menurut Leon, seorang anggota tentera di Kem Mahkota, Johor, isterinya seorang yang baik dan bertanggungjawab serta amat tegas dan komited dengan tugasnya.

Kami juga amat jarang bersama kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Masa kami bersama biasanya pada hujung minggu, tambahnya.

Sementara itu, bapa mendiang, Goen Raip, seorang pesara Sarjen polis berkata, kali terakhhir beliau dan isteri beliau bertemu dengan anaknya itu ialah ketika mendiang pulang untuk menyambut Gawai Dayak pada Jun lepas.

Dua hari sebelum kejadian dia ada menghubungi ibunya dan cucu saya dan telah menasihatkan anak buahnya supaya belajar bersungguh-sungguh, kata Goen.

Katanya, dalam perbualan telefon itu cucunya itu meminta wang daripada Margaret untuk membayar yuran belajar menunggang motosikal, tetapi dinasihatkan belajar dahulu.

Dia memang baik dan mesra dengan anak-anak buahnya. Setiap kali dia pulang pasti dia ada membeli hadiah untuk anak-anak buahnya dan membawa mereka bersiar-siar, kata Goen.

Tags / Kata Kunci: Inspektor , Polis

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan