Nenek Maut Ditetak Cucu

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang nenek ditemui mati dengan kesan tetakan di halaman rumahnya di Kampung Surau Haji Daud di sini pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata perbuatan tersebut dipercayai dilakukan cucu mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu.

Beliau berkata pihak polis mendapati tiga kesan tetakan pada bahagian belakang tengkuk dan dua tetakan pada bahagian leher wanita berusia 78 tahun itu.

"Mangsa ditetak menggunakan parang pendek oleh suspek yang berusia 33 tahun.

Suspek yang berasal dari Kemaman kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Namun suspek dikesan sejam kemudian kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dalam keadaan bingung sementara parang yang dipercayai digunakannya turut ditemui.

Wan Abdul Aziz berkata suspek yang juga penggangur dilapor baru seminggu tinggal bersama neneknya bagi membantu memungut buah duku.

Motif kejadian sedang disiasat, katanya.

Tags / Kata Kunci: Terengganu , tetak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan