Dadah Bernilai RM7.6 Juta Dirampas - Berita Jenayah | mStar

Dadah Bernilai RM7.6 Juta Dirampas

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 5:15 PM

Abdul Samah Mat.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor berjaya merampas dadah bernilai RM7.6 juta dari makmal pemprosesan dadah di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah berkata sebuah pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Selangor) menyerbu sebuah banglo setingkat di Sungai Pelek, Kajang, selepas pengintipan selama seminggu.

Abdul Samah berkata bau pelik dari banglo tersebut mendorong penduduk di kawasan perumahan itu memaklumkan mengenainya kepada polis.

"Kami menahan tiga lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun dalam serbuan itu. Kami percaya makmal tersebut digunakan untuk memproses metamphetamine.

"Pelbagai jenis dadah dan bahan kimia, dipercayai digunakan untuk memproses dadah berkenaan turut ditemui," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Sebuah kereta Toyota Harrier turut dirampas. Lelaki tersebut akan direman sehingga Jumaat.

Polis percaya dadah tersebut dihasilkan untuk dijual di sekitar Lembah Klang.


Tags / Kata Kunci: makmal dadah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan