Bomba Perluas Kawasan SAR, Kesan Tujuh Kanak-Kanak Orang Asli

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 11:35 PM

SK Tohoi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang di Kelantan yang hilang sejak 23 Ogos lepas, diperluaskan operasinya kepada radius 70 kilometer.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata kawasan pencarian terpaksa dipecahkan kepada enam sektor dalam usaha untuk mengesan mereka.

"Apabila ia dipecahkan kepada enam sektor, ia akan memudahkan strategi pencarian kami untuk mengesan mereka.

"Sehingga kini ketujuh-tujuh mereka belum ditemui...hanya kesan tapak kaki yang dipercayai milik mereka yang ditemui atas pasir tebing anak sungai dua hari lepas," katanya.

Wan Mohd Nor berkata pihaknya masih meneruskan operasi SAR bersama Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, PDRM, Renjer dan Pasukan Sukarelawan Malaysia yang melibatkan keseluruhan kira-kira 350 anggota.

Katanya aset bomba yang turut terlibat dalam operasi SAR itu ialah sebuah helikopter jenis Augusta AW139 yang membuat pemantauan dari udara.

Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun, bertindak melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tags / Kata Kunci: Bomba , Orang Asli

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan