Anggota Polis Parah Dipukul Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis yang sedang merisik maklumat di sebuah kilang memproses makanan ayam di Bukit Tengah di sini semalam parah dipukul sekumpulan warga asing.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pistol anggota polis berpangkat Koperal berkenaan beserta peluru turut dirampas.

Kumpulan iru merupakan pekerja kilang berkenaan, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata anggota tersebut kemudiannya menghubungi rakannya  sebelum anggota Unit Rondaan Bermotosikal datang dan menemuinya dalam keadaan terbaring.

"Anggota itu kemudiannya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam dan menerima lima jahitan di dahi sementara tulang rusuknya didapati patah," katanya.

Rusli berkata sehubungan kejadian itu, 18 lelaki Nepal serta lima wanita Vietnam dan Indonesia ditahan.

Senjata api milik anggota itu berjaya ditemui semula di kawasan semak berhampiran kilang berkenaan, katanya.

Beliau berkata beberapa lagi warga asing yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan sedang dikesan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Warga Asing , Pukul

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan