Wanita Maut, Rakan Sekerja Parah Kereta Bertembung Lori - Berita Jenayah | mStar

Wanita Maut, Rakan Sekerja Parah Kereta Bertembung Lori

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Seorang wanita maut manakala rakan sekerjanya  cedera parah selepas kereta mereka terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian tayar belakang sebuah lori di Jalan Alor Setar-Sungai Petani dekat sini kira-kira 4.10 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Norsaidatul Amalina Mat Sapar yang tersepit di kerusi penumpang hadapan dan meninggal di tempat kejadian.

"Rakan sekerjanya Yusmadi Yusup, 38, yang memandu kereta itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan