Pegawai Trafik Wanita Maut Dirempuh Mat Rempit

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Seorang pegawai penguat kuasa trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang maut akibat dirempuh Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini awal pagi Ahad.

Beliau meninggal pada pukul 12.45 tengah hari di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

Mangsa sebelum ini dilapor berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata jenazah Inspektor Margaret Tagum anak Goen, 32, telah dituntut suaminya Leon anak Bahak, 37, untuk disemadi di Bau, Sarawak.

Kejadian berlaku pada pukul 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.

Seorang daripada sekumpulan Mat Rempit yang datang dari arah Mersing menuju bandar Kluang telah merempuh pegawai tersebut ketika mereka cuba meloloskan diri dari sekatan itu.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman.

Rusli yang diiringi Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham turut  melawat mayat mendiang di hospital.

Beliau berkata penunggang yang berumur 17 tahun itu dapat ditahan selepas dia terjatuh dari motosikalnya manakalaenam rakannya yang melarikan diri turut ditahan kemudiannya.

Katanya kesemua merekayang berumur antara 14 hingga 20 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen dan dipercayai sedang berlumba ketika kejadian.

Menurut Rusli, kesemua mereka kini direman selama empat hari.

Sementara itu Leon yang merupakan anggota tentera di Kem Mahkota di sini merasa terkilan kerana isterinya dilanggar ketika menjalankan tugas.

Mereka mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: maut , Mat Rempit

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan