Kereta Terbakar Dikaitkan Dengan Kehilangan Morais

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 1:17 PM

Anthony Kevin Morais

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penemuan kereta Proton Perdana yang terbakar di Hutan Melintang pada Sabtu dikaitkan dengan kehilangan timbalan pendakwa raya, Anthony Kevin Morais yang hilang.

Kali terakhir Morais dilihat ketika meninggalkan kediamannya menaiki kenderaan sama di Menara Duta untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara pada pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Asisten Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada kenderaan itu mempunyai kaitan dengan kehilangan Morais.

"Apa yang boleh saya katakan kami temui kereta itu. Polis Perak menyiasat kejadian itu sebagai perbuatan khianat. Bagaimanapun setakat ini kami belum dapat memeriksa nombor casis atau plat pendaftaran kerana terbakar teruk," katanya.

Sebelum ini, Morais dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meninggalkan kediamannya pada pukul 9 pagi menaiki Proton Perdana kelabu dengan bernombor WA6264Q.

Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi Morais pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan seterusnya pukul 3 petang tetapi gagal.

Rakannya itu kemudiannya menghubungi pejabat apabila dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat hari itu.

Jurucakap SPRM berkata, Morais bertugas di agensi berkenaan kira-kira lapan tahun sebelum kembali semula ke Pejabat Peguam Negara.

Katanya, Morais tidak terbabit dalam siasatan 1MDB.



Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais , Hutan Melintang , SPRM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan