Empat Tan Bom Ditemui Di Kedai Barang Lusuh - Berita Jenayah | mStar

Empat Tan Bom Ditemui Di Kedai Barang Lusuh

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 11:06 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Sejumlah empat tan bom lama ditemui di sebuah premis menjual barang lusuh di Tingkat Perusahaan 3, Perai di sini, Jumaat lepas.

Semua bom itu dipercayai diambil dari beberapa buah negara antaranya China, Laos, Vietnam dan Kemboja serta dibawa masuk bersama besi buruk melalui kapal yang kemudian diangkut ke lori menggunakan sistem magnetik ke premis berkenaan.

Pemilik premis menjual barangan lusuh itu membuat laporan polis selepas bimbang ada antara bom berkenaan masih aktif.

Menurut sumber, bom pelbagai jenis itu yang bercampur dengan besi buruk dibawa masuk secara pukal oleh pemilik premis berkenaan sejak dua tahun lalu.

"Bagaimanapun, selepas dua tahun bom berkenaan menjadi terlalu banyak hingga mencecah empat tan dan hampir satu tan daripadanya dikatakan masih aktif," katanya di sini Ahad.

Sumber itu berkata pemilik premis terbabit meminta bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB) untuk memusnahkannya dan dia dikatakan sanggup menanggung semua kos.

"Setakat ini, semua bom berkenaan diletakkan di satu lokasi yang selamat dalam kawasan premis terbabit selain turut dikawal anggota polis bantuan," katanya.

Katanya anggota UPB akan membuat pemeriksaan di kawasan itu sebelum memusnahkan semua bom berkenaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana masih dalam siasatan.

Tags / Kata Kunci: bom lama
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan