Kantin Hospital Baling Terbakar - Berita Jenayah | mStar

Kantin Hospital Baling Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Struktur bangunan Kantin Hospital Baling musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu, mengakibatkan kerugian kira-kira RM320,000.

Kejadian berlaku pukul 4.25 pagi ketika tiga pekerja kantin sedang memasak bagi menyediakan makanan untuk dijual di situ.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail menerusi satu kenyataan berkata, salah seorang pekerja kantin itu cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal berikutan apinya terlalu marak.

"Semua pekerja itu sempat keluar dari kantin dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku.

"Maklumat awal bomba mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran gas memasak dan kerugian dianggarkan berjumlah RM320,000 yang melibatkan kemusnahan bangunan dan peralatan memasak," katanya.

Menurut Dr Norhizan, bangunan kantin yang sudah berusia 20 tahun itu terletak bersebelahan tandas awam dan tidak bersambung dengan bangunan lain.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 12 minit untuk memadam kebakaran.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.26 pagi sebelum tiba empat minit kemudian. Kebakaran menyebabkan 80 peratus daripada struktur bangunan itu terbakar," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan