Bot Bawa 20 Pati Dikesan Dekat Pulau Angsa - Berita Jenayah | mStar

Bot Bawa 20 Pati Dikesan Dekat Pulau Angsa

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 9:10 AM

Laksamana Mohd Aliyas Hamdan

(Ubah saiz teks)

HUTAN MELINTANG:  Walaupun usaha mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Sabak Bernam sedang dijalankan, bot lain yang membawa kira-kira 20 pendatang asing tanpa izin (Pati) dikesan berhampiran Pulau Angsa.


"Kejadian itu berlaku kira-kira 30 hingga 40 batu nautika dari sini.

"Bot kami mengejar dan menahan 20 orang pada pukul 5.30 pagi, " kata Laksamana Pertama Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan.

Pihak berkuasa menahan 16 lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak yang masing-masing berumur dua dan empat tahun.

Semua mereka telah dibawa ke ibu pejabat di Klang untuk siasatan.

Mohd Aliyas berkata pasukan APMM yang berasingan juga menahan lima nelayan Indonesia dekat Pulau Angsa kerana menceroboh ke dalam perairan Malaysia pada Khamis kira-kira pukul 8 malam.

Mohd Aliyas berkata APMM masih aktif dengan tugasnya walaupun sebahagian besar daripada asetnya terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat kira-kira 30 warga Indonesia yang masih hilang di laut.
Tags / Kata Kunci: bot karam , Pulau Angsa , Pati , APMM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan