Polis Kesan Pihak Kibar Bendera IS Di Jambatan Sultan Mahmud

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 6:07 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata polis sedang mengesan pihak atau individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera kumpulan militan IS di rumah tol Jambatan Sultan Mahmud di  Kuala Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya dibuat gurauan kerana ia merupakan isu sensitif.

"(Pengibaran) Bendera itu telah dimaklumkan kepada polis oleh orang awam pagi semalam dan tindaan segera telah dilakukan dengan menurunkannya," katanya pada sidang media selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin masyarakat di Dewan Dataran Kuala Besut di sini, Jumaat.

Turut hadir Aggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan para pegawai kanan dan anggota polis.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang mengibarkan bendera IS berukuran kira-kira 1 meter panjang dan 0.75 meter lebar itu supaya tidak 'bermain dengan api".

Dalam satu perkembangan lain, Rosli berkata usaha sedang dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor, Kemaman hingga ke Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu.

Katanya beberapa rundingan telah diadakan antara polis dengan agensi berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan penguasa tempatan bagi tujuan itu.

"Mengikut rekod sejak LPT2 dibuka pada awal tahun lalu sehingga sekarang terdapat 58 kematian akibat kemalangan jalan raya dan angka tersebut semakin berkurangan dengan adanya kerjasama polis dan agensi-agensi terbabit sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Militan Negara Islam , IS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan