Bot Karam: Dua Lagi Mayat Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

HUTAN MELINTANG: Dua lagi mayat lelaki mangsa bot karam di perairan Sabak Bernam ditemui pada Jumaat, menjadikan jumlah terkini mereka yang terkorban dalam tragedi itu adalah 17 orang yang semuanya dipercayai warga Indonesia.

Menurut Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dua mayat ditemui terapung pada 1.15 tengah hari dan 2.35 petang.Katanya seorang lagi mangsa lelaki yang terselamat ditemui anggota APMM kira-kira lima batu nautika dari perairan Sabak Bernam pada 1.15 tengah hari.

"Mangsa hanyut lebih 36 jam dan ditemui dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.

"Dua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat manakala mangsa yang selamat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut," katanya.

Setakat ini, mayat 13 wanita dan empat lelaki ditemui manakala 20 lagi termasuk seorang wanita terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada Khamis pagi.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini sehingga 7 malam ini.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.

Tags / Kata Kunci: Sabak Bernam , Mayat , Indonesia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan