Bot Nelayan Dirompak 10 Lelaki Bersenjata

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Sekumpulan 10 lelaki bersenjata api merompak sebuah bot nelayan di perairan berhampiran Pulau Jambongan pada Selasa lepas.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, perompak dipercayai dari Filipina melarikan udang seberat 230 kilogram dan 800 liter minyak diesel dari bot nelayan yang berdaftar di Sandakan itu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Sivanathan Velautham berkata polis hanya menerima laporan kejadian itu daripada juragan bot berkenaan kira-kira 12 tengah hari semalam berikutan jarak yang jauh daripada tempat kejadian.

Menurut Sivanathan, dalam laporan polis itu juragan bot berusia 45 tahun tersebut menyatakan ketika kejadian, dia bersama tiga anak kapalnya sedang menarik pukat tunda.

Kemudian mereka dihampiri sebuah bot pancung yang di dalamnya terdapat 10 lelaki berpakaian biasa dan membawa senjata api dipercayai M-16.

Juragan tersebut, katanya, cuba membawa botnya berpatah balik ke arah Sandakan sambil dikejar kumpulan lelaki bersenjata itu.

Bagaimanapun, katanya, tali sawat enjin bot itu terputus dan kumpulan lelaki berkenaan berjaya memintas dan menaiki bot tersebut.

Sivanathan berkata, seorang daripada lelaki itu kemudian memukul tangan kanan juragan berkenaan dengan senjata api dan meminta wang menggunakan Bahasa Inggeris dengan loghat Filpina.

Apabila juragan bot memberitahu tidak ada wang, kumpulan lelaki itu kemudian mengambil hasil tangkapan udang dan minyak diesel sebelum mereka melarikan diri, katanya di sini, Jumaat.

Sivanathan berkata juragan bot mendakwa kerugian kira-kira RM7,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api.

Menurutnya, kumpulan lelaki itu tidak memakai topeng dan tiada tembakan dilepaskan.

Beliau berkata, kejadian berlaku di kawasan laut dalam, berhampiran rumah api, juga bersempadan dengan perairan antarabangsa Malaysia dan Filipina.

Katanya, pulau yang hampir dengan tempat kejadian adalah Pulau Jambongan dan Pulau Lumao-Lumao yang terdapat pos tentera di kedua-dua lokasi berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Nelayan , Rompak , Polis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan