Dua Beradik Mati Lemas

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Dua beradik dari Klang mati lemas ketika mandi di air terjun Batu Berangkai di sini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Ng Kong Soon berkata semasa kejadian mangsa, N.Yogan, 22 dan N.Kannan, 23, dari Taman Sentosa sedang mandi di air terjun tersebut bersama lima rakannya pada Isnin.

Katanya, kira-kira pukul 6 petang, Yogan yang terjun ke dalam air tiba-tiba terkapai-kapai meminta pertolongan.

"Salah seorang rakan mereka, hanya dikenali sebagai Kiri, cuba menyelamatkannya tetapi gagal.

"Abangnya, Kannan, terjun ke dalam air tetapi turut tenggelam," kata Ng.

Mayat kedua-dua beradik itu ditemui kira-kira pukul 7 malam oleh pasukan penyelamat.

"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya.

Ng berkata dua beradik itu berada di sana untuk menghadiri majlis pertunangan abang kepada kawan mereka.

Yogan merupakan seorang pelajar di Universiti Multimedia manakala Kanan baharu sahaja menamatkan pengajian di Unisel.

Pada Julai, dua pelajar SMK Pei Yuan turut mati lemas di air terjun yang sama.


Tags / Kata Kunci: lemas , air terjun , Batu Berangkai

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan