Suspek Utama Lanun Rampas MT Orkim Ditangkap

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Tentera Laut Indonesia telah menangkap seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang merampas kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony, lapor sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan.

Akhbar The Jakarta Post yang memetik seorang jurucakap tentera laut Kol M. Zainudin berkata pasukan IV Tindak Balas Cepat Armada Barat (WFQR) menahan seorang suspek warga Indonesia yang dikenali sebagai Albert Yohanes di sebuah apartmen di Grogol Petamburan, Jakarta Barat pada Khamis lepas.

"Albert Yohanes dipercayai menjadi dalang utama di sebalik drama rampasan kapal tangki Malaysia. Kejayaan pasukan itu adalah hasil usaha bersungguh-sungguh memburu seorang daripada yang menjadi sasaran utama dalam senarai orang dikehendaki dalam tempoh sebulan setengah," kata Zainudin seperti yang dilaporkan semalam.

Suspek itu kini ditahan Polis Tentera Laut (Pomal) di Kelapa Gading, Jakarta Utara untuk disoal siasat sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada suspek akan didakwa di negara ini atau diekstradisi ke Malaysia.

Kapal MT Orkim Harmony dirampas pada 11 Jun ketika berada 30 batu nautika dari Tanjung Sedili di Johor ketika membawa 6,000 tan metrik muatan petroleum RON95.

Kapal tangki tersebut telah dikesan berada di Teluk Siam oleh sebuah kapal peninjau Tentera Udara Diraja Australia yang berpangkalan di Butterworth pada 17 Jun lalu.

Semua lapan lanun terbabit ditangkap Pasukan Pengawal Pantai Vietnam berhampiran Phu Quoc selepas melarikan diri dari kapal terbabit pada 19 Jun.

Petroleum dalam kapal terbabit dimiliki Petronas dan ia dikendalikan oleh Orkim Ship Management. Semasa kejadian kapal itu membawa 22 kru termasuk 16 rakyat Malaysia, Indonesia (lima) dan Myanmar (seorang).

Tags / Kata Kunci: MT Orkim

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan