Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Dalam Flat - Berita Jenayah | mStar

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Dalam Flat

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 11:21 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di sebuah rumah flat Taman Desa Permai Indah, Sungai Dua di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira pukul 6 petang selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki yang memaklumkan terhidu bau busuk dari rumah berkenaan.

"Sepasukan polis yang ke rumah di tingkat empat flat itu menemui mayat lelaki lengkap berpakaian seluar pendek dan T-shirt di ruang tamu rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini Isnin malam.

Difahamkan mayat lelaki itu ditemui dengan tangan diikat ke belakang dengan tali rafia dan kesan jerut di leher.

Beliau berkata pemeriksaan awal, polis percaya lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa identiti itu mati lebih daripada seminggu berdasarkan keadaan mayatnya.

"Berdasarkan siasatan polis, rumah itu memang tiada penghuni dan ia dijadikan tempat lepak sekumpulan lelaki di kawasan flat berkenaan," katanya.

Mior Faridalatrash berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan.

"Kami juga minta kerjasama orang ramai yang kehilangan anggota keluarga untuk tampil membuat pengecaman di HPP bagi membantu siasatan," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan