Dua Kadet Tentera Maut, Dua Parah Nahas Di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Dua anggota kadet tentera maut dan dua lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Kilometer 10.5 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, awal pagi Isnin.

Dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu kereta, Wan Ameerul Idris Wan Mohamed Rizal, 19, dari Jalan Pengkalan Chepa, Kota Baru dan penumpang hadapan, Muhamad Johan Ahdza Ismail, 19, dari Jalan Manal Jaya, Tanah Merah.

Dua lagi penumpang, Akhram Mohd Azmi, 20, berasal dari Kampung Timor, Jeli, dan Muhammad Kamarul Amri, 19, pula mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Gua Musang serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata nahas itu berlaku pada 3.55 pagi tadi ketika mereka dalam perjalanan dari Jeli menghala ke Kuala Lumpur.

"Semua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk dan dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh, lalu terbabas dan memasuki laluan sebelah kanan sebelum melanggar tiang elektrik.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. - Bernama



Tags / Kata Kunci: kadet tentera , Kuala Lipis , Gua Musang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan