Malaysia Pertingkat Risikan, Kerjasama Dengan Negara Jiran Tangani Fahaman IS

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

TENOM: Malaysia mempertingkatkan perkongsian maklumat perisikan serta skop kerjasama lebih luas dengan agensi keselamatan dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina bagi menangani dan mengekang penyebaran fahaman militan IS di rantau ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendekatan itu penting kerana kerajaan memandang serius dan sentiasa berwaspada terhadap perkembangan fahaman IS yang boleh mengancam keselamatan negara, khususnya di Sabah.

Ini berikutan, beliau berkata terdapat gerakan kumpulan yang pada masa ini secara terang-terangan menyokong dan mendokong perjuangan IS.

"Risikan ini bukan sahaja daripada kita (Malaysia) tetapi juga dari Filipinadan Indonesia...saya tahu rakan sejawatan saya dari kedua-dua negara ini, termasuk Brunei juga peka terhadap ancaman ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenom di sini, Sabtu.

Turut Hadir Ketua UMNO Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang; Timbalan KetuaUMNO Bahagian Datuk Raime Unggi merangkap anggota Parlimen Tenom dan Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.

Hishammuddin berkata risikan dan pemantauan terhadap individu yang pulang setelah berjuang di Iraq dan Syria, turut dilakukan kerana dikhuatiri individu terbabit mengembangkan model perjuangan IS di rantau ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata fenomena dan ancaman fahaman IS menuntut kerajaan termasuk pasukan keselamatan untuk melihat situasi berkenaan sebagai sesuatu yang bukan mudah dan komprehensif.

Beliau berkata walaupun keadaan dan keselamatan di Sabah masih terkawal,kerajaan sentiasa mengambil langkah perlu bagi memastikan penularan fahaman IS tidak mendatangkan ancaman di negeri ini.

"Ini termasuk mempertingkat pemantauan aspek keselamatan di Pantai Timur Sabah termasuk memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan menerusi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan