17 Aktivis Mahasiswa Protes Luar Parlimen Direman Sehingga Jumaat - Berita Jenayah | mStar

17 Aktivis Mahasiswa Protes Luar Parlimen Direman Sehingga Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 17 aktivis mahasiswa yang ditahan polis malam Selasa kerana melakukan protes dengan berkhemah di luar bangunan Parlimen di sini, direman sehingga Jumaat ini. 

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, mahasiswa itu termasuk tiga pelajar wanita ditahan kira-kira 10.30 malam Selasa kerana terlibat dalam protes duduk #OccupyParliament yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan.

Antara yang ditahan ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (PMUM), Ammar Atan.

Munusamy berkata, polis memberikan masa lebih 24 jam kepada kumpulan itu sebelum meminta mereka bersurai, namun arahan itu tidak diendahkan.

Mereka kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 142(B) dan 124(B) Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: OccupyParliament
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan